Friday, January 18, 2008

KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

Komunikasi Suami Isteri

Penyampaian atau pertukaran maklumat, fikiran, perasaan dan mesej (pesanan) di antara suami isteri.


Bentuk Komunikasi Suami Isteri

Pertuturan bersemuka
Bahasa bukan pertuturan
Penggunaan perantaraan


Kepentingan Komunikasi

Menyatakan dan mengenali perasaan keduanya
Bergurau senda dan berkasih sayang
Mendidik dan menasihati
Menyatakan mesej
Hubungan kelamin


Komunikasi Yang Baik

Mempunyai matlamat dan mesej yang baik serta cara yang berkesan mengikut kebijaksanaan pasangan.


Cara Berkomunikasi Yang Berkesan

Bersopan santun dan lemah lembut
Menggunakan panggilan mesra dan sesuai
Mempunyai persediaan dari segi mental fizikal dan penampilan

AKHLAK DAN HUBUNGAN DALAM KELUARGA

Pengertian Akhlak

Suatu perkataan, perbuatan atau gerak geri yang lahir daripada manusia tanpa berfikir dan mengambil masa. -Imam Al-Ghazali


Ciri-ciri Akhlak Terpuji

Berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, iltizam dan istiqamah.


Akhlak Suami dan Isteri

Bersifat taqwa, melaksanakan kepimpinan selaku suami, kasih sayang dan belas kasihan, bergaul dengan secara baik, bertanggungjawab.

Wednesday, January 16, 2008

IBADAH

Pengertian Ibadah :

Satu pengabdian yang dilakukan dengan cara taat dan patuh serta merendahkan diri, dilakukan dengan hati yang ikhlas kepada Allah SWT menurut cara yang ditentukan oleh syarak.


Pembahagian Ibadah

Khusus : Fardhu Ain. Contoh : solat
Fardhu Kifayah. Contoh : tajhiz mayat

Umum : Fardhu Ain. Contoh : bekerja
Fardhu Kifayah. Contoh : berniaga

Pembahagian Hukum

Wajib, contoh : solat fardhu
Sunat, contoh : sedekah
Haram, contoh : berzina
Makruh, contoh : makan petai
Harus, contoh : minum kopi

Peranan Ibadah

Menguatkan iman
Untuk kawalan diri
Menguatkan rohani
Membentuk akhlak mulia

Pengertian Dan Hukum Bersuci

Membersihkan diri daripada hadas (kecil dan besar) dan najis (kekotoran)
Membersihkan pakaian, tempat tinggal dll
Hukum bersuci adalah Wajib
Mendapat rahmat

AKIDAH

Definisi akidah :

Pegangan atau ikatan seorang muslim berlandaskan "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Berkaitan dengan keyakinan atau kepercayaan terhadap Allah s.w.t dan sifat-sifatnya serta kepercayaan kepada rukun-rukun iman.


Dasar-dasar Akidah Islam :

Islam, Iman, Ihsan


Prinsip Asas Islam :

Antaranya:

Manusia dicipta untuk beribadat kepada Allah SWT
Manusia adalah khalifah Allah SWT
Menjadikan Islam sebagai cara hidup


Cara Hidup Islam :

Iltizam, Islam, hubungan baik sesama manusia, mengiktiraf hak orang lain, bersikap sederhana, menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran, bersyukur, bertawakal dan redha.


Peranan Akidah Dalam Kehidupan Manusia

Panduan dan pegangan hidup, pengawal diri, membentuk akhlak mulia, ketenangan jiwa.


Peranan Akidah Dalam Rumahtangga :

Benteng menghadapi masalah, membina pergaulan baik suami isteri, asas pengurusan keluarga, sikap bertanggungjawab.


Perkara Yang Membatalkan Akidah :

Menyembah selain Allah, menolak Al-Quran dan Al-Sunnah, Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW.